Friday, June 26, 2009

Tips of the day - biskut


Tips dan panduan membuat biskut

Membuat biskut bukanlah semudah yang disangka. Kadangkala walaupun jumlah berat timbangan telah tepat tetapi biskut masih keras dan kering. Ini adalah kerana beberapa kriteria yang harus kita ambil tahu dalam membuat biskut

Pertama: Tepung gandum diayak terlebih dahulu dan sebaiknya mengayak tepung dengan serbuk penaik atau soda bikarbonat atau lain-lain tepung jagung turut digunakan.

Kedua
: Jika menggunakan gula, pastikan anda menggunakan gula halus untuk mendapatkan hasil yang lebih garing.

Ketiga
: Pastikan ketuhar sudah cukup panas sebelum memasukkan biskut.

Keempat: Penggunaan telur haruslah di dalam suhu bilik.

Kelima: Jika menggunakan mentega, pastikan ia telah dikeluarkan dari peti sejuk terlebih dahulu.

1 comment:

  1. Hi, Really great effort. Everyone must read this article. Thanks for sharing.

    ReplyDelete