Friday, June 26, 2009

Panduan pemilihan acuan dan loyang





Sesetengah acuan kek mahu pun loyang direka khas untuk resepi tertentu sahaja. Lain-lain seperti loyang membuat roti 'loaf' atau 'springfoam pan' ada banyak kegunaannya. Jika anda membeli loyang kek/roti jenis baik dan berkualiti serta menjaganya dengan baik, ia akan bertahan lama.

Kebiasaannya saiz loyang akan mengikut bancuhan atau adunan kek yang hndak dibuat, oleh itu pastikan agar setiap adunan kek tidak melebihi paras acuan apabila ia mula 'naik' semasa memasak. Jika tidak, kek anda akan rosak separuh jalan atau pun rosak dibahagian tepinya kerana adunan melimpah ketika proses membakar.

Saiz loyang perlu diambil kira. Oleh itu, penggunaan loyang yang terlalu kecil akan membuat adunan kek yang sedang mengembang, melimpah dan sebaliknya, jika loyang terlalu besar, kek tidak akan naik terlalu tinggi.

Apabila anda menukar saiz atau bentuk loyang kek, pastikan anda memeriksa jangka masa untuk kek masak dengan betul. Jenis kek rendah mendatar dan'cup cakes' selalunya mengambil masa yang kurang untuk memasaknya berbanding kek yang dimasak dalam loyang bulat meninggi.

1 comment:

  1. Very interesting blog. A lot of blogs I see these days don't really provide anything that attract others, but I'm most definitely interested in this one. Just thought that I would post and let you know.

    ReplyDelete