
Kadang-kadang kita terbeli telur tembelang (telur yang dah tak elok)... La ni,den nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur yang segar...
Pemilihan
- Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
- Telur yang baru berat manakala telur yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan
- Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lamaakan kelihatan tompok hitam
- Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya
- Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60 gram + 1/2 liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian bawahnya runcingnya ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan)
- Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah, putih telur cair