Thursday, July 16, 2009

Pastri Choux


Pastri choux adalah sejenis pastri. Produk ini agak sukar sekiranya pelajar tidak berhati-hati. Antara faktor yang menyebabkan pastri choux tidak menjadi ialah;
  1. Timbangan tepung atau marjerin tidak betul
  2. Masa memasak adunan di atas api terlalu sekejap
  3. Masukkan telur semasa adunan masih panas
  4. Putar telur di dalam adunan tidak rata
  5. Kerap buka pintu ketuhar
  6. Api ketuhar terlalu kecil
  7. Ketuhar tidak dipanaskan terlebih dahulu
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, beberapa petua dan nasihat diberikan kepada pelajar;
  1. Timbang bahan dengan tepat
  2. Pastikan marjerin cair, baru dicampurkan dengan air
  3. Masak adunan lama sedikit (8-10 minit) sampai adunan berkerak sedikit di dalam periuk
  4. Tunggu sehingga adunan suam-suam kuku barulah masukkan telur
  5. Telur dimasukkan sedikit demi sedikit. Jadi, barulah kita boleh dapatkan adunan yang konsisten. Ingat, kalo nak senang pakai mixer kek je masa putar telur dalam adunan tu

Tuesday, June 30, 2009

Pemilihan telur


Kadang-kadang kita terbeli telur tembelang (telur yang dah tak elok)... La ni,den nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur yang segar...

Pemilihan
  1. Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
  2. Telur yang baru berat manakala telur yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan
  3. Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lamaakan kelihatan tompok hitam
  4. Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya
  5. Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60 gram + 1/2 liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian bawahnya runcingnya ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan)
  6. Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah, putih telur cair

Badge 08-09















Pelajar-pelajar katering & penyajian (ting. 5 sekarang)

Badge 06-07












Bekas pelajar katering & penyajian 2006-2007

Badge 07-08
















Bekas Pelajar Katering 2007-2008

Saturday, June 27, 2009

Pai tee



Bahan-bahan untuk kelongsong Pai tee

20 gm Tepung gandum
60 gm Tepung beras
1 biji Telur
1 liter Minyak
250 ml Air


Cara menyediakannya
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama garam
  2. Lubangkan tengah tepung dan masukkan telur
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi bater cair dan tidak bergentel
  4. Rehatkan selama 10 minit
  5. Panaskan minyak dalam periuk
  6. Celupkan acuan pai tee ke dalamnya
  7. Apabila acuan panas, angkat dan celup ke dalam adunan bater hingga ke paras acuan
  8. Angkat acuan dan masukkan semula ke dalam minyak panas
  9. Enjut acuan untuk membentuk bibir kelongsong pai tee
  10. Ulang proses tersebut hingga bater habis
  11. Simpan kelongsong pai tee dalam bekas kedap udara

Bahan-bahan untuk sos cili

6 biji Cili merah
1/2 camt garam
1 camt cuka
1/4 camt lada sulah
1 camt gula
1 camt sos cili
1 camt sos tomato
1 ulas bawang putih


Cara menyediakannya
  1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus
  2. Campur sos cili, sos tomato, cuka, gula dan garam
  3. Masak hingga mendidih dan pekat
  4. Angkat dan sejukkan

Bahan-bahan untuk inti

1/4 biji timun
1/4 batang lobak merah
1/4 biji sengkuang
30 gm taugeh
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 keping tauhu
50 gm udang hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 camb minyak


Cara menyediakannya
  1. Bersihkan dan potong kecil sayur-sayuran
  2. Buang ekor taugeh dan celur
  3. Buang kulit udang. Bersihkan dan potong dadu
  4. Goreng tauhu. Sejukkan dan potong dadu
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  6. Masukkan udang dan garam
  7. Gaul rata dan biarkan sebentar
  8. Angkat dan sejukkan
  9. Hiris halus sengkuang, lobak merah, timun dan cili merah
  10. Gaul sayur-sayuran bersama udang yang telah ditumis tadi dan perisakan

Sukatan Suhu Ketuhar


Fahrenheit(F) ->Celsius(C) ->Suhu

224-150 ->10-120 ->Sangat sejuk
275-300 ->140-150 ->Sejuk
325-350 ->160-180 ->Sederhana
375-400 ->190-200 ->Sederhana panas
425-450 ->220-230 ->Panas
475-500 ->240-260 ->Sangat panas